Image Banner

JOM DAFTAR DI SRI HIDAYATUL IMAN

Assalamualaikum wbt... Adakah anda masih tercari-cari tempat untuk mendaftar anak ke sekolah agama di BTP, Rawang?
PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR BARU TAHUN 1-6 SESI 2022 DI SRI HIDAYATUL IMAN
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan pelajar baru sekolah agama telah dibuka sekarang. Permohonan akan ditutup setelah jumlah yang dihadkan telah penuh.
Kepada ibubapa yang ingin menghantar anak-anak ke SRI HIDAYATUL IMAN yang bertempat di blok 7 BTP, anda boleh mengisi borang permohonan online di bawah :


KLIK DISINI UNTUK MENDAFTAR


📌 PERHATIAN
1. Dokumen yang diperlukan bagi pendaftaran pelajar baru :
i. 3 salinan sijil kelahiran/mykids pelajar
ii. 4 gambar pelajar berukuran passport
iii. 1 salinan kad pengenalan ibu & bapa
iv. 1 salinan penyata gaji ibu & bapa
v. 1 salinan keputusan peperiksaan sekolah terdahulu (bagi pemohon berumur 8 -12 tahun)
vi. 1 salinan sijil berhenti/surat pengesahan belajar dari sekolah terdahulu (bagi pemohon berumur 8 -12 tahun)
(serahkan semua dokumen ini semasa sesi pembukaan sekolah)
2. Kemasukan murid baru bagi umur 8 tahun hingga 12 tahun perlu menduduki ujian khas(jawi & bacaan qiraati/Al-Quran) terlebih dahulu.
âž–âž–âž–âž–âž–âž–âž–âž–âž–âž–âž–âž–âž–âž–âž–âž–âž–âž–âž–âž–âž–âž–âž–âž–âž–
Jika ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi pihak sekolah.
NO.UTK DIHUBUNGI:
019-2687167 (ustazah aminah)

LAGI

RIANG RIA RAYA SRI HIDAYATUL IMAN

Riang Ria Raya SRI Hidayatul Iman..
15 Julai 2016 / 10 Syawal 1437 Hijrah..
Setahun hanya sekali~~kita merayakan hari yang mulia ini~~

LAGI

KUNJUNGAN MESRA KE BBDP BATU ARANG

Pada 22 hb Jun 2013,seramai 26 orang murid bersama 3 orang guru daripada KAFA Sri Hidayatul Iman, Bandar Tasik Puteri telah membuat satu kunjungan mesra ke BBDP Batu Arang. Kunjungan tersebut adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara pihak Jabatan Bomba dan kelab 3K. Selain itu kunjungan tersebut juga dapat memberi pendedahan kepada murid-murid tentang bahaya kebakaran dan penyelamatan diri seandainya berlaku kecemasan. Justeru itu diharap melalui kunjungan mesra tersebut hubungan baik diantara pihak Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia dan masyarakat akan sentiasa terpelihara.

LAGI

ACARA KALAM JAMAIE, HAFAZAN TAHAP 1 & 2, HIWAR & KHUTBAH JUMAAT

Seramai 27 orang wakil  sekolah menyertai acara kalam jamaie, hafazan tahap 1 & 2, hiwar (perbualan Bahasa Arab) & khutbah Jumaat. Alhamdulillah peserta kalam jamaie seramai 20 orang berjaya membawa pulang trofi tempat ke-3 dari persaingan sengit antara 6 buah sekolah yang menyertai acara kalam jamaie.

LAGI

LAWATAN PELAJAR KE WETWORLD WATERPARK, I-CITY

Alhamdulillah lawatan sambil belajar anak-anak Sekolah Rendah Hidayatul Iman ke Muzium Shah Alam, Wetworld Waterpark, I-City

LAGI

Image News
Image News

Image Banner