:
PENGENALAN


Sekolah Rendah Islam Hidayatul Iman atau lebih dikenali sebagai SRIHI ditubuhkan pada tahun 2007. Pada asalnya sekolah ini merupakan tadika Islam (Taski ABIM). Atas permintaan ibu bapa dan penduduk setempat beragama islam yang semakin padat, sekolah agama di bawah jabatan agama Islam (JAIS) tidak dapat menampung permintaan untuk anak-anak mereka bersekolah agama. Maka tertubuh lah Sekolah Rendah Islam Hidayatul Iman.